Wednesday, April 28, 2010

Nak BercHenTa nGan I Tak?...

~pic from google~

Rasenya dah ramai yang post psl tips yang berguna untuk kehidupan seharian..semua jenis tip ade kt internet nih...taip jek keyword..sure kua...

Antara tips yang fofular,
1) Tip untuk jadi seorang hamba ALLAH yang sempurna.
2) Tip mendapat kebahagian di dunia n akhirat
3) Tip Kecantikan bagi wanita dan lelaki

macam2 ar...aku tk bagi link kt cni pong...pandai2 la korang cari ek...:D

Tapi wat permulaan, aku nk share pasal tips bercinta n berkasih sayang...cewahhh..

Hanna, ko dah ade sesape yang approach ke?..hikhikhik....ermm.....tettt.....biarlah rahsia...hahaha...

Rahsia dalam Percintaan Dengan Suami/Isteri ek...yang blom halal, jgn praktikkan...bleh jadi maksiat....huhu...Astagfirullah....




~credit pic: iluvislam~

1. Adalah sesuatu yg menyeronokkan apabila kamu menyatakan bahawa hanya dia seorang sahaja yg kamu cintai untuk selama-lamanya dan tidak akan ada duanya.

2. Paling menarik apabila kamu sekali sekala mengirimkan kad ucapan yang di buat sendiri. Jangan tunggu sehingga hari jadinya atau pada hari kekasih hari-hari biasa juga kamu boleh meluahkan perasaan cintamu padanya.

3. Setiap saat kamu harus mengingatinya dalam sebarang pekerjaan yang kamu lakukan. Percayalah apabila kamu mengingatinya si dia juga pasti akan mengingatimu

4. Sentiasa berkongsi rahsia dengannya. Si dia akan merasakan dirinya amat penting dalam hidup kamu kerana dalam semua hal kamu tidak pernah berahsia dengannya.

5. Setiap kali si dia melakukan kesilapan jangan sesekali merendah-rendahkann ya. Tugas kamu adalah beri sokongan padanya agar bangkit memperbaiki kesilapan bukan membuatkan dia lebih rasa rendah diri.

6. Jangan malu untuk beri mesej ataupun ucapkan sendiri padanya kamu rindukan dia terutama apabila si dia tidak ada di sampingmu walaupun sesaat.

7. Jangan terlampau berdandan sehingga membuatkan si dia bosan denganmu.

8. Lelaki juga sukakan hadiah tetapi mereka tidak tunjuk jadi apa kata yang perempuan sekali sekala berilah si dia hadiah walaupun hari jadinya lambat lagi.. Begitu jugalah dengan lelaki yang sememangnya sudah sedia maklum perempuan suka terima hadiah. Berbunga-bunga hati bila kamu beri hadiah padanya.

9. Janganlah rasa terlalu kecewa sekiranya si dia terlupa melakukan sesuatu yang kecil untukmu.

10. Jangan bandingkan dirinya dengan sesiapa kerana si dia akan menganggap kamu lebih suka orang lain darinya.

11. Raikan hari jadinya dan lakukan kejutan dan sambutan yang berlainan setiap tahun.

12. Belajarlah membuat keputusan sendiri. Jangan sekadar menyerahkan kepadanya bulat-bulat untuk membuat keputusan.

13. Jangan selalu menganggap si dia boleh membaca semua yang ada dalam hatimu. Belajarlah berterus terang…

14. Setiap malam telefonlah si dia untuk mengucapkan selamat malam.

15. Jika dia membayar tiket wayang, apa salahnya kamu pula yang membeli makanan dan minuman ringan.

16. Hargailah ‘privacynya’ jangan sesekali menceroboh membaca diarinya.

17. Sekiranya ada kelapangan, ajaklah si dia bercuti.

18. Jika kamu mempunyai lesen memandu janganlah biarkan hanya si dia sahaja yang memandu. Tawarkanlah bantuan kamu untuk membantunya memandu. Tidaklah si dia rasa seperti pemandu..

19 Berikan nama gelaran yang mesra tetapi hanya kamu berdua sahaja yang mengetahuinya.

20. Apabila berlaku perkara-perkara yang memalukan pada dirinya, berpura-puralah yang kamu tidak mengetahuinya..


Selamat mEncuba...Semoga Mendapat Keberkatan n Keredhaan DarIpada ALLAh s.w.t...

Kite kene sentiasa mengingatkan antara satu sama lain...baru la sentiasa ingat...tk lekang dari ingatan....btol tak...

p/s: tips nih saje jek aku copy paste ke blog aku...sbg rujukan aku sendiri...:)


~pic google~

5 comments:

cik_i said...

salam zon..he he he best best best boleh dipraktikkan..dan best bila dah praktikkan he he he nak lagi nak lagi nak lagi heeee

- zuriey - said...

good info..yg da kawen kena praktikkan

~miSz HaNna~ said...

@cik_i:wsalam...nak lagi?..wah cik_i sgt berminat bab2 yg blh diprtaktikkn nih ek...cik_i dh kawen blom?...

@zuriey:semestinye utk yg dh kawen jek...zuriey dh kawen blom?..hihik..

cik_i said...

he he eh ter"zon" pulak hu hu sori cik hanna ter"silap" hee..dah..alhamdulillah i@cik_i dah kawen heee..tu yg seronok ade list ni..boleh dipraktiskan@refresh yang terlupa tertinggal..almaklumlah da kawen..mcm2 tanggungjawab..kekadang yg simple mimple nih terlupe nk istiqamah =)

~miSz HaNna~ said...

oo cik_i dh kawen...alhamdulillah...dh tkleh gune cik_i la..kene gune mrs_i..ye dak?..hehe...

btol tuh...kekadang yg remeh dilupakan...huhuhu...

semoga kite sentiasa istiqamah walaupon dlm hal2 remeh temeh nih...:)

mane link blog cik_i? nak terjah nih...hehe