Thursday, January 31, 2013

TUtUp iTu LebiH BAIK..:)



Bismillahirrohmanirrohim...Assalamualaikum wbt kekawan yang miss hanna sayang kerana Allah s.w.t..

Setelah setahun lamanya kita tidak bersua di ruangan maya ni kannn....minta maaf sangat disebabkan kekangan kerja yang tidak berkesudahan selagi kita tidak menghampiri mati..huhu...salah saya...

Alhamdulillah..sepanjang tahun 2012, banyak peristiwa yang berlaku dalam kehidupan miss hanna...satu je yang tidak lagi berubah adalah title 'miss' still setia melekat dengan hanna..:) 


Always think positive sebab ALLAH dah tentukan siapa, bila, di mana dan bagaimana jodoh yang dirahsiakan olehNya akan berjumpa dengan miss hanna... Allah tahu apa yang terbaeq n yang kita perlu, BUKAN yang kita inginkan..:)

Alhamdulillah..bersyukur kepada Allah s.w.t kerana diberikan satu lagi hari utk kita beribadah dan bertaubat kepadaNya..teringat ayat yang disampaikan dalam drama cinta islamik 'Warkah Cinta' --> setiap hari kita melakukan dosa n kita WAJIB bertaubat..Astaghfirullah...banyakknya dosa kita pada ALLAH tetapi ALLAH tk pernah sedikit pon lalai dalam memberi rezeki kepada kita semua..

Dalam  usaha mencari ketenangan jiwa dan perubahan ke arah yang lebih baik dari sebelumnya, hati n fikiran terdetik, sampai bilakah kita ingin hanyut dalam dunia yang hanya sementara ni?...bukankah tujuan kita dihidupkan adalah untuk beribadah semata kepada Pencipta kita iaitu ALLAH?..


Sebagai permulaan untuk kembali ke jalanNya, hanna berusaha untuk menjadi muslimah yang solehah n disenangi oleh ALLAH..bagaimana caranya?...fuhhh...bila dikaji, banyak sangat hal2 yang hanna telah abaikan sebagai seorang hamba yang hina..

Jika diaudit apakah yang hanna telah lakukan?..Memang tak layak untuk masuk ke syurga ALLAH yang superb indah..tapi hanna sentiasa mengharapkan keampunan dari ALLAH swt dalam setiap doa...sesungguhnya hanya kepada Engkaulah aku memohon keampunan dan keredhaan sepanjang masa..Aminnn...Ya Robb...

p/s:JANGAN pernah berhenti berdoa sebab suatu masa nanti akan ALLAH makbulkan..:)

So, harini hanna nak share sumthing tentang AURAT...artikel ni hanna ada amek dalam fb..sesapa yang x sempat nk tgk kt fb, bleh baca kat cni..:)

sumber pic: cintatulip.blogspot.com
Tips Menutup Aurat 
Memanglah kita perempuan, bukan disuruh dan diwajibkan pakai tudung labuh yg labuh bulat tu, labuh bawah siku etc. tapi kita diwajibkan menutup aurat dengan sempurna.
Iaitu memakai tudung yang tutup dada, tak jarang, tutup rambut, leher, telinga, yang cukup satu set.
Termasuklah melonggarkan pakaian, menutup semua anggota kecuali muka dan tapak tangan kepada orang yang bukan mahram.

TIPS MENUTUP AURAT

1. TAHU
Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.
2. SEDAR
Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.
3. SYIAR
Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.
4. FUNGSI CERMIN
Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?”
5. ASINGKAN
Asingkan pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.
6. MALU
Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.
7. SAHABAT
Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.
8. EKSKLUSIF
Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.
9. BANYAK MANFAAT
Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.
Kepada siapa aurat boleh diperlihatkan ??
    ” Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan. ” [ An-Nur : 31 ]


sumber semua pic adalah dari encik gugel...time kasih..:)

kita jumpa untuk next post plak ek...banyak nih miss hanna nk story...

Jazakallahu khairan kathira kerana masih membaca entry miss hanna yang tak seberapa ni...