Thursday, September 5, 2013

Ramadhan Qareem: post yang dah basi..:(

Assalamualaikum wbt to u olsss....

Pekaba sahabat2 misz hanna?...rindunya pada kalian....hanya ALLAH yang tahu...

Harini adalah hari terakhir di bulan Syaaban yang mulia...Esok semua umat Islam di Malaysia akan menjalani ibadah puasa. Menyempurnakan rukun islam yang ketiga iaitu 'berpuasa di bulan ramadhan'

Camna action planning u olsss untuk mengagungkan ramadhan tahun ni?...

Kalau tanya Misz hanna, of coz laaa banyak yg last minute...huhu...:(

Bila laa agaknya nak berubah wahai  hanna oiiii.....pening kepala sudaaa....rambut pon dh makin cket...menunjukkan diri ini sedang lanjut usia...

Meh hanna cite serba cket apa yang hanna dapat untuk harini...:)

Semalam dapat email dari Pusat Islam tentang satu ceramah bertajuk 'Ramadhan dekat di hati' disampaikan oleh Ustaz Umar Muhammad Noor.

Siapakah gerangannya Ustaz ini?....betapa ceteknya ilmu di dada hanna, ulama' pon tk kenal...shame on me...:(

Ustaz Umar adalah seorang penulis buku dan if u olss selalu melanggan and membaca SOLUSI, for sure u olsss kenal ustaz umar..:)

Beliau merupakan kolumnis majalah SOLUSI dan kini berkhidmat sebagai Ketua Editor Majalah Al-Ustaz terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Beliau kecik2 je orangnya tapi nada suara semasa berceramah sangat hebat...orang yang ngantok pon bleh terjaga...haha...ayat nak hyperbola je ek hanna...:) [tu sudaa semestinyee...^^)


Ni adalah flyer yang pihak Pusat Islam edarkan kepada para jemputan yang hadir...:)


 Festival ibadah di bulan ramadhan...kita bleh tgk list2 yang ada..:)
sebagai satu perancangan/persiapan untuk kita menghadapi bulan mulia dan paling indah...


Ni antara catatan yang hanna conteng...haha..rakan sekerja hanna siap cakap nk potostat...haha...gelak besar sudaaa.....

okei2...kita fokus cket ape yang ustaz sembang dalam ceramahnya tadi...

Antara isi2nya yang sangat menikam qalbu/jiwa, rohani, fizikal, otak fikiran diri hanna nih ialah:

1) Persiapan yang HEBAT harus dilakukan untuk menghadapi RAMADHAN...
Ustaz bagi contoh: if kita as a lecturer, kita mesti dah tahu apa yang perlu kita buat sebelum masuk kelas nk bg lecture kannn..
Kita dah sediakan topics yang perlu diajar setiap minggu, kuiz, test, amali n macam2 lagi...

"Persoalannya di sini: Kenapa hal dunia, kita boleh buat perancangan yang sangat rapi few months before start lecture, tapi hal akhirat sperti menyambut Ramadhan, tidak dilakukan dengan lebih hebat dari perancangan dunia???"

Salah satu sebab adalah kita ni kurang YAKIN akan janji ALLAH sebabnya apa yang dijanjikan tidak akan nampak sehingga hari akhirat tiba...contohnya: PAHALA yang berlipat kali ganda akan diberikan sekiranya kita membaca Al-quran. Pahala dikira bukan 1 ayat 10 pahala, tapi 1 huruf 10 pahala...bayangkan jika kita abeskan 30juzu' dalam bulan mulia ini?...convert kepada duit.. fuhhhhh...berjuta-juta kita dapat...

2) Cemerlang di akhirat adalah lebih penting daripada dunia...
Kebanyakan kita sebok kejar harta, pangkat, dan yang sewaktu dengannya...sampai sanggup "membunuh" rakan sendiri demi pangkat yang hanya dunia je guna..

Time mati tkde pon pangkat2...penah dengar tak tok imam bace talkin 'wahai prof/doc/datuk/tan sri/ and seangkatan' sifulan bin sifulan? tkde kannn....

So, tak perlulaah kita mengejar2 semua itu...tu semua duniaaa...

3) bersihkan hati dan harapkan keberkatan 
Camna nak dapatkan kebersihan hati?...bersihkan fikiran dulu...buang semua yang negative2 yang menggangu proses ibadah kita...

Keberkatan?...apakah itu berkah?...selalu orang dok cakap 'makan bgi habes..yg last tu berkah...'

BErkah: Berkembang --? kuantiti sama tapi kualiti bertambah...
Analogi: kita makan 1 pinggan nasi --> energy yang dimiliki adalah lebih dr 1 pinggan...rase seperti kita makan berpinggan2...:)

Nak tau apa yang kita makan tu berkat atau tidak?..lihat pada perlaksanaan ibadah kita setiap hari...adakah   berat atau ringan?..

Cth paling senang: Solat subuh...kebanyakan di kalangan kita termasuk hanna jua, sgt liat nk bangun solat subuh di awal waktu.. penyebab?...sila laa check makanan kita...makanan adalah menda yang penting, sbb die masuk dalam badan menjadi darah daging kita...so, die mempengaruhi keseluruhan fizikal dan rohani kita...

Beware dalam memilih makanan yang masuk dalam badan....

Akhir bicara, semoga bulan suci ini (2013) menjadi bulan (tahun) yang terbaik untuk diri kita...biar ia menjadi bulan yang terindah yang terjadi dalam hidup kita..:)

Selamat beribadah dan beramal...

Ingatan untuk diri ini yang hina lagi kurang ilmu dan untuk kekawan hanna yang dikasihi kerana Allah swt..

Alhamdulillah..Ku temui juaa...:)

Assalamualaikum wbt to u olsss..

Ape kabo kekawan n sahabat2 yang cik hanna kasihi kerana ALLAH?..smoga kalian sentiasa dalam redha dan rahmat Allah swt.

Lama sudaaa cik hanna menyepi dalam dunia blog nih...knapakah?...ketandusan idea barangkali...huhu...

Skill berangan sambil menulis sudaaa karam ditenggelamkan oleh keja2 hakiki sebagai seorang pendidik anak bangsa...(cewahhhhh...)

Maybe cik hanna masih ketandusan ilmu dalam 'time management' kot.....Allah dah bagi kita 24hrs tuh sbnrnye lebih dri cukup...cuma kita ni as insan, mmg byk kekurangan...nama pon hamba rite...

So, anjakan paradigm diperlukan untuk menaikkan semula semangat yang hilang jauh ntah ke mana....

It is time to reset n recharge our mind to become more productive n innovative person berguna di dunia and of course to akhirat...

Ok, kita back to my post title.: Ku temui juaa...Apakah itu?..jeng3x..

If dikaji semula post2 yg dulu-kala, apakah yng selalunya azam yg cik hanna renew every year?...

Xpayah teka, bia cik hanna reveal....--> azam nak kawen laaa kannn..ape lagi...hahaha...

Alhamdulillah bermula 24 Ogos 2013 bersamaan 17 Syawal 1434H, hidup hanna telah berubah...title 'MISS' perlu digantikan kepada 'MADAM'....maksudya hanna dah kawenlaaaa...hihi...

Agak luar biasa awal2 nih bila semua kawan pgl puan..hihi..tkpe2..kene biasakan diri...

Bersyukur di atas Kurniaan ALLAH swt, hanna telah ditemukan dengan pelengkap hidup yang selama ini hanna setia menunggu dan bersabar akan ketentuan dan rancangan Allah swt untuk hanna.

Semua yang berlaku atas perancangan Allah yang Maha Perancang..

Kisah kami mungkin hal yang biasa tp bagi hanna, ini adalah kisah terindah yang terjadi dalam hidup hanna..

Bagaimana kisahnya?....Maybe kene buat cerpen kot...tapi ade orang bace ke?....

Nantikan kemunculannya di entry yang akan datang ek...doakan hanna menjadi lebih rajin drp biasa untuk sentiasa update apa yang berlaku di sekitar kita untuk dijadikan pengajaran dan pedoman sesama kita..:)

Inshaallah berjumpa lagi...


Hati tengah berbunga2 skang...hihi...


Friday, February 1, 2013

Salam JuMaaT Februari 2013



Bismillahirrohmanirrohim...Assalamualaikum wbt buat sahabat2 miss hanna yang disayangi kerana ALLAH...:) Smoga di penghulu hari yang penuh barokah ini kita sebagai hambaNya sentiasa tidak lepas dari mengucapkan syukur atas nikmat nyawa yang dikurniakan untuk detik ini..ALHAMDULILLAH...


selamat menghadapi hari jumaat dengan lebih bersemangat dan semoga hari ini lebih bermakna n lebih baik daripada semalam...inshaALLAH...:)

Selamat berhujung minggu...:)

sblom abes, miss hanna nk share cket tentang tips utk mencantikkan diri wanita..:)

1) selepas solat isyak, baca Al-Fatihah 1 x, baca ayat Kursi 1 x, surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 x

2) tiub ke dalam air segelas dan minum

3) niatkan dalam hati untuk kecantikan diri dan akhlak yang baik...

InshaALLAH akan berkesan. sebab apa?...sebab kita menggunakan ayat suci kalam ALLAh yang mulia...:)

selamat beramal..
pesanan untuk diri sendiri dan kawan2...



sumber pic: encik google yang baik hati...


harini nak balik klang...dah lama sangat dah tk menjengok family...yeay2...

jumpa lagi di lain entry...

Assalamualaikum wbt...

Thursday, January 31, 2013

TUtUp iTu LebiH BAIK..:)



Bismillahirrohmanirrohim...Assalamualaikum wbt kekawan yang miss hanna sayang kerana Allah s.w.t..

Setelah setahun lamanya kita tidak bersua di ruangan maya ni kannn....minta maaf sangat disebabkan kekangan kerja yang tidak berkesudahan selagi kita tidak menghampiri mati..huhu...salah saya...

Alhamdulillah..sepanjang tahun 2012, banyak peristiwa yang berlaku dalam kehidupan miss hanna...satu je yang tidak lagi berubah adalah title 'miss' still setia melekat dengan hanna..:) 


Always think positive sebab ALLAH dah tentukan siapa, bila, di mana dan bagaimana jodoh yang dirahsiakan olehNya akan berjumpa dengan miss hanna... Allah tahu apa yang terbaeq n yang kita perlu, BUKAN yang kita inginkan..:)

Alhamdulillah..bersyukur kepada Allah s.w.t kerana diberikan satu lagi hari utk kita beribadah dan bertaubat kepadaNya..teringat ayat yang disampaikan dalam drama cinta islamik 'Warkah Cinta' --> setiap hari kita melakukan dosa n kita WAJIB bertaubat..Astaghfirullah...banyakknya dosa kita pada ALLAH tetapi ALLAH tk pernah sedikit pon lalai dalam memberi rezeki kepada kita semua..

Dalam  usaha mencari ketenangan jiwa dan perubahan ke arah yang lebih baik dari sebelumnya, hati n fikiran terdetik, sampai bilakah kita ingin hanyut dalam dunia yang hanya sementara ni?...bukankah tujuan kita dihidupkan adalah untuk beribadah semata kepada Pencipta kita iaitu ALLAH?..


Sebagai permulaan untuk kembali ke jalanNya, hanna berusaha untuk menjadi muslimah yang solehah n disenangi oleh ALLAH..bagaimana caranya?...fuhhh...bila dikaji, banyak sangat hal2 yang hanna telah abaikan sebagai seorang hamba yang hina..

Jika diaudit apakah yang hanna telah lakukan?..Memang tak layak untuk masuk ke syurga ALLAH yang superb indah..tapi hanna sentiasa mengharapkan keampunan dari ALLAH swt dalam setiap doa...sesungguhnya hanya kepada Engkaulah aku memohon keampunan dan keredhaan sepanjang masa..Aminnn...Ya Robb...

p/s:JANGAN pernah berhenti berdoa sebab suatu masa nanti akan ALLAH makbulkan..:)

So, harini hanna nak share sumthing tentang AURAT...artikel ni hanna ada amek dalam fb..sesapa yang x sempat nk tgk kt fb, bleh baca kat cni..:)

sumber pic: cintatulip.blogspot.com
Tips Menutup Aurat 
Memanglah kita perempuan, bukan disuruh dan diwajibkan pakai tudung labuh yg labuh bulat tu, labuh bawah siku etc. tapi kita diwajibkan menutup aurat dengan sempurna.
Iaitu memakai tudung yang tutup dada, tak jarang, tutup rambut, leher, telinga, yang cukup satu set.
Termasuklah melonggarkan pakaian, menutup semua anggota kecuali muka dan tapak tangan kepada orang yang bukan mahram.

TIPS MENUTUP AURAT

1. TAHU
Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.
2. SEDAR
Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.
3. SYIAR
Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.
4. FUNGSI CERMIN
Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?”
5. ASINGKAN
Asingkan pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.
6. MALU
Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.
7. SAHABAT
Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.
8. EKSKLUSIF
Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.
9. BANYAK MANFAAT
Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.
Kepada siapa aurat boleh diperlihatkan ??
    ” Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan. ” [ An-Nur : 31 ]


sumber semua pic adalah dari encik gugel...time kasih..:)

kita jumpa untuk next post plak ek...banyak nih miss hanna nk story...

Jazakallahu khairan kathira kerana masih membaca entry miss hanna yang tak seberapa ni... 



Thursday, January 26, 2012

sEPiii

Salam semua....
SepIiiii...taNpa KaTa....TakPerLu berkata apa2...just SmILe!!!!....

SePi sudaaa ini blog yeeee...

Takpe2....tgu update dr hanna dalam mase terdekat ek...byk dlm otak nih....cume tk tekeluar lg isi nye....

soriiii sangat sebab terlalu lame sePIIiiiiiiiii......

Thanks sape2 yg dtg menjengah diari hanna yng tk sebeerapa nak best nihhh...

Wassalammm....