Wednesday, June 15, 2011

ILmu BerKat dan BanYak

Assalamualaikum wbt...

Pekaba semua yg singgah di blog hanna nih ek??....hopefully sumenye sihat walafiat hendaknya....

Hanna?...Alhamdulillah...Allah telah berikan 1 lagi hari untuk hanna untuk melihat dunia nih sebagai hamparan sejadah....:)

Hari nih, hanna nak share cket ape yg hanna dah bace dlm solusi....Actually, hanna suke kumpul magazines...kalo akhir bulan time dpt gaji, sume jenis magazine hanna beli..one of them adalah solusi...:)



pic credit to iluvislam.com


Petua untuk Mendapat Ilmu yang banyak dan berkat;

1) Perkara paling asas yang perlu kita miliki sebelum, semasa dan selepas menuntut ilmu ialah niat yang ikhlas. Niat tersebut perlulah;

i- Ilmu dituntut kerana Allah s.w.t. bukan duniawi.
ii- Niat belajar untuk mengeluarkan diri daripada kelompok mereka yang jahil.
iii- Niatkan untuk menyebarkan ilmu yang ada itu dan memanfaatkannya dengan membantu
masyarakat.


2) Jauhi maksiat yang menggelapkan diri.

3) Tuntutlah ilmu di mana pun kita berada. Ilmu tidak terhad di dalam kelas dan perpustakaan malah boleh ditimba di rumah, pejabat, masjid, seminar dan sebagainya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Hikmah(ilmu) itu umpama barang orang Mukmin yang hilang, di mana sahaja kamu jumpainyam ambillah ia." (Riwayat al-Tarmizi)

4) Ibn Abbas ditanya:"Bagaimana kamu memperolehi ilmu yang banyak?" Maka beliau menjawab: "Dengan banyak bertanya." Manakala Imam Abu Hanifah pula menjadi alim kerana banyak berbincang dan berdebat.


5) Sekiranya seseorang terpaksa bekerja semasa menuntut ilmu, ia tidak menjadi masalah. Hendaklah dia sentiasa mengulangkaji pelajarannya dan jangan malas. Ini kerana, kefakiran dan kemiskinan seseorang itu bukan penghalang untuk menjadi alim.

6) Sentiasa bersyukur dengan lisannya dan seluruh anggota badannya dan meyakini bahawa segala ilmu itu adalah anugerah Allah.

7) Sentiasa
memohon hidayah daripada Allah dengan berdoa. Mohonlah juga moga Allah tambah ilmu kita dan terangkan hati untuk menerima ilmu yang baru dan memahaminya.

8) Sentiasa
memohon perlindungan kepada Allah daripada sifat bakhil termasuklah bakhil ilmu. Oleh sebab itu, ilmu perlu disebarkan supaya boleh dimanfaatkan.

9) Berusaha untuk zuhud iaitu tidak tamak kepada harta.

10) Tentukan masa mengulang kaji. Belajarlah secara konsisten setiap hari walaupun tidak lama.

11) Elakkan bosan dalam belajar. Anggaplah belajar itu menyeronokkan dan santapan yang paling enak untuk minda. Sentiasalah merasa ketagih menuntut ilmu untuk menghambat perasaan bosan dan malas.

p/s: semoga petua menjadi petua untuk u ols dan hanna jugak....:)

Wassalam....