Wednesday, August 10, 2011

Kesilapan Yang Kerap Dilakukan oleh Orang Muslim Di Bulan Ramadhan

sumber pic: ILI


aSsaLamuaLaikum warahmatullahi wabarokatuh..:)


Pekabar sahabat2 hanna semua?...dah lame rasenya hanna tk mencoretkan ape2 dcni..almaklum..kekangan waktu yg tk mengizinkan...Even student cuti pon...hanna still byk keje...huhu...


takpe2...kerja itu ibadah kan....jangan merungut ye...nanti tk dapat pahala...:) tup..tup...dah bulan Ramadhan 1432H...tk sangka cepat mase berlalu...n today dah 10ramadhan 1432H...esok dh bukan 10 ramadhan dah....dh lepas 1st fasa dalam bulan berkah nih...

Camne tahap ibadah u ols?...adakah okey2 jek?...suam2 kuku jek?..or bertungkus lumus utk mencedok or menggunakan masa yang berharga ini utk mendapat kerahmatan n keampunan daripada ALLAH swt.??...


Sebok jek hanna dok tanye orang kannn....hanna plak cmne?....

ape yg hanna pk skng adalah...sekiranya ini adalah ramadhan yang terakhir, hanna akan buat sehabes baik utk mendapat keampunan ALLAH....Insyaallah hanna hope sangat , ramadhan tahun nih much2 better than last year n last2 year...Amin...
Hope u ols pon same ek....

doa hanna tiap2 hari bile pegi keje:

'Hari ini aku nak bekerja n menuntut ilmu untuk mendapat keampunan dan kerahmatan Alllah.'

Mesti korang dok tanye kann..knape tajuk n3 nih tkde kaitan pon ngn hanna dok cite nih?.... Sabar yek sahabat2 sume.....ni nak story laa nih....hihi...

kat FB, hanna ade join satu group nih..boleh dikatakan group dakwah la....thanks to someone yg tlh add hanna dalam group tuh...mmg berguna untuk hanna yg cetek pengetahuan ni..

So, dalam group tuh, macam2 post ada...tazkirah, hadith2 yg beguna utk kehidupan seharian...mmg bagus...:)


kat cni, hanna nak share serba sedikit tentang kesilapan yg sering kita lakukan time ramadhan... ha nih baru masuk yekk...:)

Untuk mendapatkan kesempurnaan pahala Ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang dimaksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "Sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad SAW menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
hopefully u ols dapat laa cket ilmu kat cni ek....:) kita share sama2....sharing is caring..... Selamat berpuasa kepada sesape yang berpuasa yek..... Take care..... Assalam... jumpe lagi di lain mase...Insyaallah....



nih pun ILI gaks...:)

p/s: mari kita sama2 kejar malam 1000bulan yek...

Wednesday, June 15, 2011

ILmu BerKat dan BanYak

Assalamualaikum wbt...

Pekaba semua yg singgah di blog hanna nih ek??....hopefully sumenye sihat walafiat hendaknya....

Hanna?...Alhamdulillah...Allah telah berikan 1 lagi hari untuk hanna untuk melihat dunia nih sebagai hamparan sejadah....:)

Hari nih, hanna nak share cket ape yg hanna dah bace dlm solusi....Actually, hanna suke kumpul magazines...kalo akhir bulan time dpt gaji, sume jenis magazine hanna beli..one of them adalah solusi...:)



pic credit to iluvislam.com


Petua untuk Mendapat Ilmu yang banyak dan berkat;

1) Perkara paling asas yang perlu kita miliki sebelum, semasa dan selepas menuntut ilmu ialah niat yang ikhlas. Niat tersebut perlulah;

i- Ilmu dituntut kerana Allah s.w.t. bukan duniawi.
ii- Niat belajar untuk mengeluarkan diri daripada kelompok mereka yang jahil.
iii- Niatkan untuk menyebarkan ilmu yang ada itu dan memanfaatkannya dengan membantu
masyarakat.


2) Jauhi maksiat yang menggelapkan diri.

3) Tuntutlah ilmu di mana pun kita berada. Ilmu tidak terhad di dalam kelas dan perpustakaan malah boleh ditimba di rumah, pejabat, masjid, seminar dan sebagainya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Hikmah(ilmu) itu umpama barang orang Mukmin yang hilang, di mana sahaja kamu jumpainyam ambillah ia." (Riwayat al-Tarmizi)

4) Ibn Abbas ditanya:"Bagaimana kamu memperolehi ilmu yang banyak?" Maka beliau menjawab: "Dengan banyak bertanya." Manakala Imam Abu Hanifah pula menjadi alim kerana banyak berbincang dan berdebat.


5) Sekiranya seseorang terpaksa bekerja semasa menuntut ilmu, ia tidak menjadi masalah. Hendaklah dia sentiasa mengulangkaji pelajarannya dan jangan malas. Ini kerana, kefakiran dan kemiskinan seseorang itu bukan penghalang untuk menjadi alim.

6) Sentiasa bersyukur dengan lisannya dan seluruh anggota badannya dan meyakini bahawa segala ilmu itu adalah anugerah Allah.

7) Sentiasa
memohon hidayah daripada Allah dengan berdoa. Mohonlah juga moga Allah tambah ilmu kita dan terangkan hati untuk menerima ilmu yang baru dan memahaminya.

8) Sentiasa
memohon perlindungan kepada Allah daripada sifat bakhil termasuklah bakhil ilmu. Oleh sebab itu, ilmu perlu disebarkan supaya boleh dimanfaatkan.

9) Berusaha untuk zuhud iaitu tidak tamak kepada harta.

10) Tentukan masa mengulang kaji. Belajarlah secara konsisten setiap hari walaupun tidak lama.

11) Elakkan bosan dalam belajar. Anggaplah belajar itu menyeronokkan dan santapan yang paling enak untuk minda. Sentiasalah merasa ketagih menuntut ilmu untuk menghambat perasaan bosan dan malas.

p/s: semoga petua menjadi petua untuk u ols dan hanna jugak....:)

Wassalam....

Friday, May 20, 2011

Sabar itu Indah...

Asssalamualaikum wbt.

Gud Morning.....

Dah lama hanna tk buat entry ilmiah kan...terasa diri sgt kotor n jauh dr rahmat Allah...

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku, ibu bapaku, familyku, sedara-maraku, guru2ku, sahabat2ku, rakan2 seperjuanganku dan yang semua bersama2ku, dosa yang telah lalu, kini dan akan datang...Sesungguhnya kami hamba yang tidak lekang dari melakukan dosa kepadaMu...

Hanna ade beli Solusi bulan nih, tajuknye, spt di atas ye...'Sabar iTu IndaH'..


ihsan pic dari cni

Malam tadi bru berkesempatan nk bace...huhu....uishhh...hanna byk btol terkena ngan dunia...Astagfirullah....

Siapa lagi role model kite kalau bukan Rasulullah s.a.w. Baginda adalah contoh dalam semua perkara. Baginda adalah rasul yang sangat istimewa sebab?..Baginda adalah rasul yang paling banyak diuji. Apakah senjata Rasulullah s.a.w? -->SABAR.

Sabar itu Indah? tapi kan, kat mane keindahan sabar tuh?..

Bagi hanna, sabar tuh mmg sesuatu yang sangat sukar..kekadang pernah hanna merasakan yang tahap kesabaran hanna dh paling maksimum...tapi ade student dok nasihatkan hanna, die kata, 'Cik hanna, sabar itu tiada hadnya'


Hanna terkesima....hanna berfikir semula secara waras...Alhamdulillah....Thanks to dat student sbb sedarkan hanna drp pk yg bukan2...:)


Kenapa sabar itu sangat susah?
Yela kan, kalau kita ditimpa musibah[kecelakaan], mampukah kita tersenyum menerima ujian dari Allah s.w.t?

Ceria ketika menapak di jalan Allah, ketika kebenaran yang pahit ingin kita tegakkan dan ketika kemaksiatan yang manis ingin kita tinggal, apakah kita mampu tersenyum? Mengapa yang sukar, pahit dan pedih itu dikatakan indah?[solusi, isu 31,2011]


pic ihsan encik google
Jawapannya?...

Lihatlah pada kehidupan Rasululllah s.a.w. Wajah sentiasa tenang, yakin, murah dengan senyuman, air muka yang sangat menyenangkan...walaupun ditimpa perbagai dugaan dan ujian.

Mampukah kita menjadi seperti Rasulullah s.a.w?...

Insyaallah...Kita adalah umatnya...So, yakin...kita boleh...jadikanlah baginda sebagai role model yang tertinggi dalam kehidupan kita..:)


Jom kita berusaha untuk terus bersabar mendidik diri kita untuk memiliki kesabaran yang indah. Mempunyai hati yang tenang, lapang dan tenteram dan hanya mengadu kepada Pencipta-Nya ketika berdepan dengan ujian dunia.. Insyaallah kita semua boleh....:)

p/s: hanna sedang berusaha dan akan terus berusaha untuk istiqamah dan bermuhasabah diri..Hanna gak bersyukur dikurniakan sahabat2 dan students yang sentiasa mengingatkan hanna ke jalan kebaikan....Alhamdulillah....

Setakat nih dulu coret2 di pagi Jumaat yang indah lagi barakah ini...:)

Wassalam...

pic encik google gak..:)



Tuesday, April 26, 2011

Today, kita layan ini okei...

Assalamualaikum.....

Hanna tkde mende kot nk cakap....[padahal byk jek dlm kepala nih...]

Macam2 prob ade....tp tkpe..hanna suke mendiamkan diri jek buat masa ni....

Meh kite layan 2 songs yg bleh tenangkan hanna arini n Insyaallah ari seterusnya....:)

Hope u ols enjoy....






Wednesday, April 13, 2011

rojak+gado2...

Assalamualaikum wbt...

Ape kaba semua yg menunggu kehadiran entry2 fresh dari cik hanna....:)

fresh ke?...opsss...perasan lebey....huhu....

sepanjang semester 2 di uPsi, mcm2 hal terjadi....private life, student matters, PhD lagi....huhu..

ape nk story dulu?....erm....

ape2 hal pon student first....

Sem nih, cik hanna jadi orang yang berbeza compared to last sem.....

Lebihkan senyuman, beramah mesra ngn student, blanje student makan....ishhh mcm2 la....

Memang beza gilezzz.....

Student sem lepas, bile jumpe cik hanna balik, diorg story blk cmne cik hanna sem lepas....huhu..

student A: Cik, dulu, time cik ngaja, garang gilezz....takot nk tanye soklan or whateva yg berkaitan....

Student B: Cik sem nih lain la...berubah imej...lawa gitew...haha....mata kucing...meowww....;p

Student C: Cik nih, dulu awal2 sem, sume tkleh...ni tkleh, tu tkleh...tp bile dh knal, cik nih tkde garang pon....sporting gilez....siap bleh gelak2, gosip2 lagi....i like...haha...~~

byk lg student comment...tk larat nk story dah....nextime okei....:)

Start dari arini n seterusnya...Insyaallah cik hanna akn update everyday...y?

sebab sem dh nk abes....kelas dh takde...dok melangot jek kt ofis...tktau nk watpe...huhu...

Nanti entry2 yg panas lg meletops dri cik hanna ek...

meletops ke?.....haruslaa......peduli hape org kate....

ni blog aku, aku punye pasal la...haha....

semester break kali nih mmg sgt lame...4 bulan tuh...after raye bru jumpe blk student2 yg disayangi n dirindui....huhu...

sedey....sob...sob..sob2.....[tk tipu taw..]

Sem nih banyak spend time together with students....huhu....



Sunday, February 20, 2011

Sejenak BersaMa My LoVe

~~Assalamualaikum wbt~~

Fuhh....dh bersarang balik blog hanna nih...huhu....tkde idea kah??..

Bukannnnn!!!!...

Banyak keje....kottt......hihi...


Tengah dok rehat2 nih, hanna ade walk2 kt satu forum nih...--
> photography

As a beginner, so hanna kene dok usha2 forum psl dslr..byk gak info yang hanna dpt dr forum nih...

Perkara2 yang hanna dok bace antaranya, psl Rules of third [SS, Aperture, ISO].

Mcam mane nk dptkan gambar yg terbaik..so far, hanna still learning.....learning, learning n learning...Semakin banyak kite blajar, semakin banyak rupanya yang kite tak tau....


Selain tuh, hanna de bace psl Shutter count [SC] dan jangkahayat camera.

Apakah SC nih?...

Ape yg hanna paham psl mende alah nih, maximum pictures yang boleh kite amek menggunakan body sesebuah dslr camera...


contohnye untuk canon 500D -max: 100,000 clicks.

D3000 pon kalo tk silap hanna 100, 000 gak....

Ade software yang bleh check SC nih -->
sini ek...:)

Bile dh exceed number tuh, kite kene g anta service...lbh kurang cm kete la...bile smp mase kene service, even kite dok peram dlm garage, kene gak g service.....

Use it wisely....

erm.....kene simpan duit every month, at least RM50/mth....maybe bukan untuk service, tapi beli body baru...haha...


motip gambar nih???....

Selagi kite bleh click, click jek smp lebam....haha... Enjoy!!..hope dpt bg info yg berguna kpd sesape yg nak gune DSLR camera...:)

Wassalam.....~~

Monday, January 31, 2011

istiqamah.....

~~Assalamualaikum wbt...~~

arini, 31 jan 2011...sekejap jek dhnk abes bulan 1...huuuu..

Ape yg hanna dh buat dlm sebulan nih?...

banyak?...mungkin...tapi rasenye cket jek baru..

Perjalanan baru bermula untuk meraih azam yg tidak kesampaian di tahun 2010...apakah azam yg tk tercapai??

ishhh....Banyak mungkin...sampai terlupe apakah azam yg hanna dh listkan....huhuuh....

tahap PeNurunan yang paling ketara ialah sifat kelupaan yg amat dahsattttt....apakah?.....

short term memory hanna perlu diserbis....tidak boleh tidak....ishh....kalo tk diserrbiss, camne hanna nk sambung PhD nih....huhu.....

BiLe recall balik entry2 lepas, azam yg masih x tercapai adalah KAWEN...haha...klaka bile pk2 blk...nih jek azam yg sentiasa renew every year....

tkpe2..tak perlu sedih2, touching2 ye...idop mesti diteruskan....haha...

case closed for 2010...

reopen for 2011.....untuk certain things jek...tk banyak okei....hihi

ape azam 2011 plak?...

1) bile dh dpt kekasih hati, kene sentiasa dibelai...utk berikan belaian yg sempurna, kene blaja...so, i have to learn, learn n learn....so dat, my sayang tk rase diabaikan....hihi...

2) sebelum nih hanna cakap nk bangun seblm subuh kan...skang nih tgh dok berusaha n istiqamah....:)

3) nak istiqamah dgn segala yang hanna buat....terutamanya dalam bab mencari keredhaan Allah s.w.t...

Nak cite cket psl istiqamah nih....ape makne istiqamah?..

dgn kate simplenye berterusan....semua bende buat sec berterusan... 2, 3 ari nih hanna ade dgr tanyalah ustaz kt tv9 tuh...ckp psl istiqamah...

fuhhhh...terasa gilezzz bile ustaz tuh ckp..[erm..lbh kurang la maksudnye ek]

contoh: bila bulan ramadhan kite dok ari2 bace quran, solat tahajjud dll untuk dpt keberkatan di bulan ramadhan...abes jek bulan, terus tinggalkan...tk teruskan ke bulan2 seterusnye....apakah sifat ini?.

lebih kepada, kite terpaksa buat n tidak berterusan...akibat dr tindakan tuh, sbnrnye kite nih tk suke pon solat, bace quran n zikir...nauzubillah....masyaAllah....Astaghfirullah....

Hanna bermuhasabah diri......

so, skng nih yg paling penting adalah.....ISTIQAMAH...tu la azam hanna tahun 2011 nih....